Junte-se a nós em uma viagem ao mundo dos livros!
Adicionar este livro à prateleira
Grey
Deixe um novo comentário Default profile 50px
Grey
Assine para ler o livro completo ou leia as primeiras páginas de graça!
All characters reduced
Saya Suka Memberus Gigi - cover
LER

Saya Suka Memberus Gigi

Shelley Admont, KidKiddos Books

Editora: KidKiddos Books

  • 0
  • 0
  • 0

Sinopse

Jimmy Si Kecil tidak suka memberus gigi. Walaupun ibunya memberi berus gigi baru berwarna oren, warna kegemarannya, dia tidak menggunakannya seperti yang sepatutnya. Tetapi apabila berlaku kejadian pelik dan ajaib kepada Jimmy Si Kecil, dia mula sedar betapa pentingnya memberus gigi.Saya Suka Memberus Gigi ialah cerita yang menyeronokkan, penuh dengan ilustrasi yang pasti menarik perhatian si kecil anda. Jika anak anda mengalami masalah untuk belajar memberus gigi, inilah buku yang patut anda kongsi bersama.Cerita ini sesuai untuk dibaca kepada anak-anak sebelum tidur dan boleh juga dinikmati seisi keluarga.
Disponível desde: 21/01/2023.
Comprimento de impressão: 34 páginas.

Outros livros que poderiam interessá-lo

  • Mimpikan yang Indah Sayangku - cover

    Mimpikan yang Indah Sayangku

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Kini masanya untuk tidur, tetapi Alice belum mahu tidur lagi. Ibu menenangkan anak perempuannya dengan menyemak rutin waktu masuk tidur dan mengingatkannya tentang semua perkara menyeronokkan yang telah mereka lakukan bersama-sama malam itu. Ditulis dengan nada yang lembut dan menenangkan, buku ini menunjukkan hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang antara Alice dengan ibunya, di samping menyediakan pembaca muda untuk tidur pada waktu malam dengan nyenyak.
    Ver livro
  • Roda-roda Perlumbaan Persahabatan - cover

    Roda-roda Perlumbaan Persahabatan

    Inna Nusinsky, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Apakah itu persahabatan? Sertai tiga orang sahabat baik ketika mereka menyedari makna persahabatan yang sebenar. Mereka memulakan perlumbaan, tetapi memutuskan untuk menghabiskannya bersama-sama, menolong sahabat yang berada dalam kesusahan. Buku ini akan mengajar kanak-kanak kemahiran persahabatan yang positif seperti berkongsi, menyokong dan membantu antara satu sama lain.
    Ver livro
  • Saya Bersyukur - cover

    Saya Bersyukur

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    ‘Saya Bersyukur’ menunjukkan betapa mudahnya untuk berterima kasih atas segala-galanya dalam hidup, walaupun untuk perkara-perkara yang kecil. Dari bangun tidur pada waktu pagi hinggalah menikmati cahaya matahari yang hangat, kemudian kembali masuk tidur dan memeluk anak patung beruang kegemaran anda. Sentiasa ada sesuatu untuk disyukuri.
    Ver livro
  • Mari Bermain Ibu! - cover

    Mari Bermain Ibu!

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Kisah menyentuh hati yang diceritakan oleh murid darjah satu, seorang kanak-kanak perempuan yang menemui cara menceriakan ibunya dan membuat ibunya tersenyum. Tiada yang lebih berharga daripada waktu yang dihabiskan bersama-sama. Kisah kanak-kanak ini mengandungi mesej berganda untuk kanak-kanak dan ibu bapa, mengajar kanak-kanak erti belas kasihan dan kreativiti, di samping mengingatkan ibu bapa kepentingan masa berkualiti dengan anak-anak mereka.
    Ver livro
  • Ulat bulu yang mengembara - cover

    Ulat bulu yang mengembara

    Rayne Coshav, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Cerita ini adalah tentang seekor ulat bulu yang pergi mengembara secara tidak sengaja, berjalan jauh dari rumahnya di dalam hutan. Dia mengalami pengalaman mengujakan, mencuba makanan baharu dan meneroka tempat baharu. Namun akhirnya, dialah yang paling gembira untuk kembali ke rumah bertemu keluarganya.
    Ver livro
  • Saya Suka Menolong - cover

    Saya Suka Menolong

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy sang arnab kecil pergi ke pantai dengan keluarganya. Di situ dia belajar tentang kepentingan menolong orang lain. Apabila istana pasir Jimmy dimusnahkan oleh ombak, mereka bersama-sama membina istana yang lebih besar dan lebih baik. Semua perkara menjadi lebih baik apabila kita tolong-menolong antara satu sama lain.
    Ver livro