Begleiten Sie uns auf eine literarische Weltreise!
Buch zum Bücherregal hinzufügen
Grey
Einen neuen Kommentar schreiben Default profile 50px
Grey
Jetzt das ganze Buch im Abo oder die ersten Seiten gratis lesen!
All characters reduced
Saya Suka Menolong - cover

Saya Suka Menolong

Shelley Admont, KidKiddos Books

Verlag: KidKiddos Books

  • 0
  • 0
  • 0

Beschreibung

Jimmy sang arnab kecil pergi ke pantai dengan keluarganya. Di situ dia belajar tentang kepentingan menolong orang lain. Apabila istana pasir Jimmy dimusnahkan oleh ombak, mereka bersama-sama membina istana yang lebih besar dan lebih baik. Semua perkara menjadi lebih baik apabila kita tolong-menolong antara satu sama lain.
Verfügbar seit: 21.01.2023.
Drucklänge: 34 Seiten.

Weitere Bücher, die Sie mögen werden

  • Saya Suka Musim Luruh - cover

    Saya Suka Musim Luruh

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Dalam buku kanak-kanak ini, Jimmy, si arnab kecil, meneroka musim luruh, musim kegemarannya. Dia suka berada di luar dan bermain dengan daun berwarna-warni. Apabila hujan turun, dia dan keluarganya mencari aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Mereka menghabiskan hari yang indah bersama-sama, tidak kira cuaca.
    Zum Buch
  • Saya Suka Pergi ke Tadika - cover

    Saya Suka Pergi ke Tadika

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy, sang arnab kecil berasa sangat sedih dan gugup. Esok ialah hari pertamanya di tadika, tetapi dia mahu tinggal di rumah dengan ibunya. Sertai Jimmy untuk mengetahui cara kawannya, si beruang teddy membantunya untuk berasa teruja.Buku kanak-kanak ini dapat membantu si kecil anda mengatasi kebimbangan berpisah dengan ibu bapa pada kali pertama, di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan baharu.Akhirnya, Jimmy mengetahui betapa seronoknya suasana di tadika!Kisah ini sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga!
    Zum Buch
  • Saya Suka Memberus Gigi - cover

    Saya Suka Memberus Gigi

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy Si Kecil tidak suka memberus gigi. Walaupun ibunya memberi berus gigi baru berwarna oren, warna kegemarannya, dia tidak menggunakannya seperti yang sepatutnya. Tetapi apabila berlaku kejadian pelik dan ajaib kepada Jimmy Si Kecil, dia mula sedar betapa pentingnya memberus gigi.Saya Suka Memberus Gigi ialah cerita yang menyeronokkan, penuh dengan ilustrasi yang pasti menarik perhatian si kecil anda. Jika anak anda mengalami masalah untuk belajar memberus gigi, inilah buku yang patut anda kongsi bersama.Cerita ini sesuai untuk dibaca kepada anak-anak sebelum tidur dan boleh juga dinikmati seisi keluarga.
    Zum Buch
  • Saya Sayang Ibu Saya - cover

    Saya Sayang Ibu Saya

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Semua orang menyayangi Ibu mereka, tidak kira berapa umur mereka. Dalam cerita waktu tidur ini, Jimmy si arnab kecil dan abang-abangnya cuba mencari hadiah yang sempurna untuk hari jadi Ibu. Mereka mahu menunjukkan betapa mereka sayang kepadanya.Apakah penyelesaian kreatif yang mereka dapati untuk meluahkan perasaan mereka? Anda akan mengetahuinya dalam buku kanak-kanak bergambar ini.Buku kanak-kanak ini adalah sebahagian daripada koleksi cerita-cerita pendek waktu tidur.Kisah ini mungkin sesuai untuk membaca anak-anak anda pada waktu tidur dan menyeronokkan untuk seisi keluarga!
    Zum Buch
  • Saya Suka Musim Sejuk - cover

    Saya Suka Musim Sejuk

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Musim sejuk ialah musim yang menyeronokkan dan indah untuk bermain salji, tetapi Jimmy sang arnab kecil belum bersedia untuk menghadapi cuaca sejuk. Sebaik sahaja dia belajar cara untuk mengekalkan kehangatan badannya, akhirnya dia dapat menikmati masa di luar bersama keluarganya.
    Zum Buch
  • Impian Amanda - cover

    Impian Amanda

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Dalam buku kanak-kanak ini, anda akan bertemu Amanda, seorang budak perempuan yang perlu belajar banyak perkara tentang rajin berusaha dan cara menjadikan impiannya satu kenyataan. Sertai Amanda dalam perjalanannya yang hebat dan belajar dengannya tentang cara menemui matlamat anda dan menjadikannya satu kenyataan. Anda akan menyaksikan dia menghadapi cabaran tetapi tidak menyerah kalah sepanjang perjalanannya untuk mencapai matlamatnya. "Impian Amanda" ialah sebuah buku motivasi untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Ini ialah buku pertama dalam koleksi cerita motivasi pendek yang boleh membantu anak-anak anda membina kemahiran dan prinsip untuk mencapai kehidupan yang gembira, memuaskan hati dan berjaya.
    Zum Buch