Join us on a literary world trip!
Add this book to bookshelf
Grey
Write a new comment Default profile 50px
Grey
Subscribe to read the full book or read the first pages for free!
All characters reduced
Ibu Saya Seorang Yang Hebat - cover

Ibu Saya Seorang Yang Hebat

Shelley Admont, KidKiddos Books

Publisher: KidKiddos Books

  • 0
  • 0
  • 0

Summary

Di dalam cerita waktu tidur yang menyentuh hati ini, seorang kanak-kanak perempuan menggambarkan betapa hebatnya ibunya. Kita lihat dia melalui harinya, dengan perasaan yang penuh kasih sayang mengenai ibunya.Ibu selalunya memahami perasaannya dan dapat membantu dalam apa jua masalah. Ibu boleh membuat ikatan tocang yang paling rumit dan menjelaskan pecahan; Ibu dapat membantunya bangun pada waktu pagi dan memeluknya dengan erat apabila dia sedih.Dengan ilustrasi yang menarik dan mesej yang boleh dihubungkan oleh semua orang, ini adalah buku yang sempurna untuk anak-anak dan ibu mereka.
Available since: 01/21/2023.
Print length: 34 pages.

Other books that might interest you

  • Saya Suka Memberus Gigi - cover

    Saya Suka Memberus Gigi

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy Si Kecil tidak suka memberus gigi. Walaupun ibunya memberi berus gigi baru berwarna oren, warna kegemarannya, dia tidak menggunakannya seperti yang sepatutnya. Tetapi apabila berlaku kejadian pelik dan ajaib kepada Jimmy Si Kecil, dia mula sedar betapa pentingnya memberus gigi.Saya Suka Memberus Gigi ialah cerita yang menyeronokkan, penuh dengan ilustrasi yang pasti menarik perhatian si kecil anda. Jika anak anda mengalami masalah untuk belajar memberus gigi, inilah buku yang patut anda kongsi bersama.Cerita ini sesuai untuk dibaca kepada anak-anak sebelum tidur dan boleh juga dinikmati seisi keluarga.
    Show book
  • Saya Bersyukur - cover

    Saya Bersyukur

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    ‘Saya Bersyukur’ menunjukkan betapa mudahnya untuk berterima kasih atas segala-galanya dalam hidup, walaupun untuk perkara-perkara yang kecil. Dari bangun tidur pada waktu pagi hinggalah menikmati cahaya matahari yang hangat, kemudian kembali masuk tidur dan memeluk anak patung beruang kegemaran anda. Sentiasa ada sesuatu untuk disyukuri.
    Show book
  • Ulat bulu yang mengembara The traveling Caterpillar - cover

    Ulat bulu yang mengembara The...

    Rayne Coshav, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Cerita ini adalah tentang seekor ulat bulu yang pergi mengembara secara tidak sengaja, berjalan jauh dari rumahnya di dalam hutan. Dia mengalami pengalaman mengujakan, mencuba makanan baharu dan meneroka tempat baharu. Namun akhirnya, dialah yang paling gembira untuk kembali ke rumah bertemu keluarganya.
    Show book
  • Amanda dan Masa yang Telah Hilang - cover

    Amanda dan Masa yang Telah Hilang

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Dalam buku kanak-kanak ini, kamu akan bertemu seorang kanak-kanak perempuan bernama Amanda yang mempunyai tabiat membazirkan masanya. Sehinggalah suatu hari sesuatu yang ajaib telah berlaku dan Amanda akhirnya sedar bahawa masa ialah perkara paling berharga yang kita miliki – dan apabila masa telah dibazirkan, ia akan hilang selama-lamanya. Untuk mendapatkan semula masanya yang telah hilang, Amanda mengharungi sebuah perjalanan dan belajar cara menggunakan masanya dengan bijak.
    Show book
  • Menjadi Seorang Adiwira - cover

    Menjadi Seorang Adiwira

    Liz Shmuilov, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Ramai kanak-kanak bermimpi untuk menjadi seorang adiwira. Dalam buku ini, Ron dan kawan baiknya Maya melalui pengalaman menarik untuk menjadi adiwira. Mereka mempelajari peraturan penting adiwira yang membantu mereka dalam misi pertama. Mereka bekerjasama dan membantu adik Maya, sambil mempelajari perkara baru mengenai diri sendiri. Adakah kamu turut ingin menjadi adiwira?
    Show book
  • Di Bawah Bintang-bintang - cover

    Di Bawah Bintang-bintang

    Sam Sagolski, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Cuti musim panas telah tiba, dan Mark tidak sabar menunggu pengembaraan yang hebat!
    Namun apabila Ibu dan Ayah mengumumkan bahawa keluarga mereka akan pergi berkhemah, dia menjadi takut.
    Adakah Mark akan dapat mengatasi rasa takut akan kegelapan dan dapat menikmati perjalanan ini?
    Show book