¡Acompáñanos a viajar por el mundo de los libros!
Añadir este libro a la estantería
Grey
Escribe un nuevo comentario Default profile 50px
Grey
Suscríbete para leer el libro completo o lee las primeras páginas gratis.
All characters reduced
Amanda dan Masa yang Telah Hilang - cover

Amanda dan Masa yang Telah Hilang

Shelley Admont, KidKiddos Books

Editorial: KidKiddos Books

  • 0
  • 0
  • 0

Sinopsis

Dalam buku kanak-kanak ini, kamu akan bertemu seorang kanak-kanak perempuan bernama Amanda yang mempunyai tabiat membazirkan masanya. Sehinggalah suatu hari sesuatu yang ajaib telah berlaku dan Amanda akhirnya sedar bahawa masa ialah perkara paling berharga yang kita miliki – dan apabila masa telah dibazirkan, ia akan hilang selama-lamanya. Untuk mendapatkan semula masanya yang telah hilang, Amanda mengharungi sebuah perjalanan dan belajar cara menggunakan masanya dengan bijak.
Disponible desde: 21/01/2023.
Longitud de impresión: 34 páginas.

Otros libros que te pueden interesar

  • Kisah Kehidupan Uwais Al-Qarni Sang Penghuni Langit Kekasih Tuhan Semesta Alam - cover

    Kisah Kehidupan Uwais Al-Qarni...

    Muhammad Vandestra

    • 0
    • 0
    • 0
     Pada zaman Baginda Nabi Muhammad saw, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, bidang dadanya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, wajahnya selalu melihat pada tempat sujudnya dan tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. 
    Pemuda ini tidak pernah lalai dari membaca al-Quran dan senantiasa menangis. Pakaiannya hanya dua helai saja, sudah terlalu lusuh untuk dipakai sehingga tidak akan ada orang yang menghiraukannya. 
    Beliau tidak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Pemuda ini, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. 
    Dia adalah Uwais al-Qarni. Beliau tidak dikenali dan miskin malah banyak orang yang suka mentertawakannya, mengejek-ejeknya, dan menuduhnya sebagai pencuri serta bermacam lagi penghinaan dilemparkan kepadanya. 
    Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai saudara mara kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Untuk menyara kehidupan sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. 
    Upah yang diterimanya hanya cukup untuk kehidupan harian bersama ibunya.Jika ada uang lebihan, beliau akan membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Walaupun dalam keadaan serba payah, beliau tidak pernah lalai dalam mengerjakan ibadahnya, sedikit pun tidak berkurang. 
    Sepanjang hidupnya, beliau melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad saw yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Alla 
    Ver libro
  • Saya Suka Memberus Gigi - cover

    Saya Suka Memberus Gigi

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy Si Kecil tidak suka memberus gigi. Walaupun ibunya memberi berus gigi baru berwarna oren, warna kegemarannya, dia tidak menggunakannya seperti yang sepatutnya. Tetapi apabila berlaku kejadian pelik dan ajaib kepada Jimmy Si Kecil, dia mula sedar betapa pentingnya memberus gigi.Saya Suka Memberus Gigi ialah cerita yang menyeronokkan, penuh dengan ilustrasi yang pasti menarik perhatian si kecil anda. Jika anak anda mengalami masalah untuk belajar memberus gigi, inilah buku yang patut anda kongsi bersama.Cerita ini sesuai untuk dibaca kepada anak-anak sebelum tidur dan boleh juga dinikmati seisi keluarga.
    Ver libro
  • Saya Suka Musim Luruh - cover

    Saya Suka Musim Luruh

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Dalam buku kanak-kanak ini, Jimmy, si arnab kecil, meneroka musim luruh, musim kegemarannya. Dia suka berada di luar dan bermain dengan daun berwarna-warni. Apabila hujan turun, dia dan keluarganya mencari aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Mereka menghabiskan hari yang indah bersama-sama, tidak kira cuaca.
    Ver libro
  • Boxer dan Brandon - cover

    Boxer dan Brandon

    Inna Nusinsky, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Ini merupakan kisah persahabatan yang menyentuh hati antara seekor anjing dengan seorang budak lelaki.Apabila salah seorang daripada mereka memerlukan bantuan, mereka sentiasa ada untuk satu sama lain. Inilah makna persahabatan sebenar.
    Ver libro
  • Mari Bermain Ibu! - cover

    Mari Bermain Ibu!

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Kisah menyentuh hati yang diceritakan oleh murid darjah satu, seorang kanak-kanak perempuan yang menemui cara menceriakan ibunya dan membuat ibunya tersenyum. Tiada yang lebih berharga daripada waktu yang dihabiskan bersama-sama. Kisah kanak-kanak ini mengandungi mesej berganda untuk kanak-kanak dan ibu bapa, mengajar kanak-kanak erti belas kasihan dan kreativiti, di samping mengingatkan ibu bapa kepentingan masa berkualiti dengan anak-anak mereka.
    Ver libro
  • Saya Suka Tidur Di katil Sendiri - cover

    Saya Suka Tidur Di katil Sendiri

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy, si arnab kecil, tidak mahu tidur di katilnya sendiri. Setiap malam dia menyelinap masuk ke bilik tidur ibu bapanya dan tidur disana. Sehinggalah suatu malam terjadi sesuatu yang tidak dijangka… Cerita ini ideal untuk dibacakan kepada anak anda sebelum tidur dan digemari oleh seisi keluarga! Amat sesuai untuk membaca buku ini untuk pelajar pra-sekolah atau menjadi bahan bacaan sendiri di rumah untuk kanak-kanak yang lebih tua.
    Ver libro