Join us on a literary world trip!
Add this book to bookshelf
Grey
Write a new comment Default profile 50px
Grey
Subscribe to read the full book or read the first pages for free!
All characters reduced
Hari yang Menakjubkan A wonderful Day - cover

Hari yang Menakjubkan A wonderful Day

Sam Sagolski, KidKiddos Books

Publisher: KidKiddos Books

  • 0
  • 0
  • 0

Summary

Buku mengenai rasa bersyukur ini mengajar kanak-kanak agar melihat kebaikan dalam semua perkara. Danny memberitahu Ayah mengenai harinya dan menceritakan semua perkara yang berlaku. Walaupun hari Danny tidak berjalan seperti dirancang, dia masih dapat menikmatinya. Terbukti dalam setiap keadaan buruk kamu dapat mencari perkara baik dan sesuatu untuk disyukuri.
Available since: 05/02/2023.
Print length: 34 pages.

Other books that might interest you

  • Saya Suka Tidur Di katil Sendiri - cover

    Saya Suka Tidur Di katil Sendiri

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy, si arnab kecil, tidak mahu tidur di katilnya sendiri. Setiap malam dia menyelinap masuk ke bilik tidur ibu bapanya dan tidur disana. Sehinggalah suatu malam terjadi sesuatu yang tidak dijangka… Cerita ini ideal untuk dibacakan kepada anak anda sebelum tidur dan digemari oleh seisi keluarga! Amat sesuai untuk membaca buku ini untuk pelajar pra-sekolah atau menjadi bahan bacaan sendiri di rumah untuk kanak-kanak yang lebih tua.
    Show book
  • Boxer dan Brandon - cover

    Boxer dan Brandon

    Inna Nusinsky, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Ini merupakan kisah persahabatan yang menyentuh hati antara seekor anjing dengan seorang budak lelaki.Apabila salah seorang daripada mereka memerlukan bantuan, mereka sentiasa ada untuk satu sama lain. Inilah makna persahabatan sebenar.
    Show book
  • Mari Bermain Ibu! - cover

    Mari Bermain Ibu!

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Kisah menyentuh hati yang diceritakan oleh murid darjah satu, seorang kanak-kanak perempuan yang menemui cara menceriakan ibunya dan membuat ibunya tersenyum. Tiada yang lebih berharga daripada waktu yang dihabiskan bersama-sama. Kisah kanak-kanak ini mengandungi mesej berganda untuk kanak-kanak dan ibu bapa, mengajar kanak-kanak erti belas kasihan dan kreativiti, di samping mengingatkan ibu bapa kepentingan masa berkualiti dengan anak-anak mereka.
    Show book
  • Saya Suka Berkongsi - cover

    Saya Suka Berkongsi

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy sang arnab dan abang-abangnya suka bermain dan hari ini ialah hari jadi Jimmy, maka dia mempunyai banyak alat permainan.Tetapi, dia tidak ingin berkongsi dan sebab itu, dia mungkin ketinggalan dalam hal berseronok. Mari ketahui apa maknanya berkongsi dan mengapa ia menjadikan perasaan kita lebih indah!Kisah ini paling sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati  oleh seisi keluarga!
    Show book
  • Saya Suka Musim Luruh I Love Autumn - cover

    Saya Suka Musim Luruh I Love Autumn

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Dalam buku kanak-kanak ini, Jimmy, si arnab kecil, meneroka musim luruh, musim kegemarannya. Dia suka berada di luar dan bermain dengan daun berwarna-warni. Apabila hujan turun, dia dan keluarganya mencari aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Mereka menghabiskan hari yang indah bersama-sama, tidak kira cuaca.
    Show book
  • Impian Amanda - cover

    Impian Amanda

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Dalam buku kanak-kanak ini, anda akan bertemu Amanda, seorang budak perempuan yang perlu belajar banyak perkara tentang rajin berusaha dan cara menjadikan impiannya satu kenyataan. Sertai Amanda dalam perjalanannya yang hebat dan belajar dengannya tentang cara menemui matlamat anda dan menjadikannya satu kenyataan. Anda akan menyaksikan dia menghadapi cabaran tetapi tidak menyerah kalah sepanjang perjalanannya untuk mencapai matlamatnya. "Impian Amanda" ialah sebuah buku motivasi untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Ini ialah buku pertama dalam koleksi cerita motivasi pendek yang boleh membantu anak-anak anda membina kemahiran dan prinsip untuk mencapai kehidupan yang gembira, memuaskan hati dan berjaya.
    Show book