Unisciti a noi in un viaggio nel mondo dei libri!
Aggiungi questo libro allo scaffale
Grey
Scrivi un nuovo commento Default profile 50px
Grey
Iscriviti per leggere l'intero libro o leggi le prime pagine gratuitamente!
All characters reduced
Mari Bermain Ibu! - cover

Mari Bermain Ibu!

Shelley Admont, KidKiddos Books

Casa editrice: KidKiddos Books

  • 0
  • 0
  • 0

Sinossi

Kisah menyentuh hati yang diceritakan oleh murid darjah satu, seorang kanak-kanak perempuan yang menemui cara menceriakan ibunya dan membuat ibunya tersenyum. Tiada yang lebih berharga daripada waktu yang dihabiskan bersama-sama. Kisah kanak-kanak ini mengandungi mesej berganda untuk kanak-kanak dan ibu bapa, mengajar kanak-kanak erti belas kasihan dan kreativiti, di samping mengingatkan ibu bapa kepentingan masa berkualiti dengan anak-anak mereka.
Disponibile da: 21/01/2023.
Lunghezza di stampa: 34 pagine.

Altri libri che potrebbero interessarti

  • Hari yang Menakjubkan A wonderful Day - cover

    Hari yang Menakjubkan A...

    Sam Sagolski, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Buku mengenai rasa bersyukur ini mengajar kanak-kanak agar melihat kebaikan dalam semua perkara. Danny memberitahu Ayah mengenai harinya dan menceritakan semua perkara yang berlaku. Walaupun hari Danny tidak berjalan seperti dirancang, dia masih dapat menikmatinya. Terbukti dalam setiap keadaan buruk kamu dapat mencari perkara baik dan sesuatu untuk disyukuri.
    Mostra libro
  • Mimpikan yang Indah Sayangku Sweet Dreams My Love - cover

    Mimpikan yang Indah Sayangku...

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Kini masanya untuk tidur, tetapi Alice belum mahu tidur lagi. Ibu menenangkan anak perempuannya dengan menyemak rutin waktu masuk tidur dan mengingatkannya tentang semua perkara menyeronokkan yang telah mereka lakukan bersama-sama malam itu. Ditulis dengan nada yang lembut dan menenangkan, buku ini menunjukkan hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang antara Alice dengan ibunya, di samping menyediakan pembaca muda untuk tidur pada waktu malam dengan nyenyak.
    Mostra libro
  • Saya Suka Pergi ke Tadika - cover

    Saya Suka Pergi ke Tadika

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy, sang arnab kecil berasa sangat sedih dan gugup. Esok ialah hari pertamanya di tadika, tetapi dia mahu tinggal di rumah dengan ibunya. Sertai Jimmy untuk mengetahui cara kawannya, si beruang teddy membantunya untuk berasa teruja.Buku kanak-kanak ini dapat membantu si kecil anda mengatasi kebimbangan berpisah dengan ibu bapa pada kali pertama, di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan baharu.Akhirnya, Jimmy mengetahui betapa seronoknya suasana di tadika!Kisah ini sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga!
    Mostra libro
  • Saya Bersyukur I am Thankful - cover

    Saya Bersyukur I am Thankful

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    ‘Saya Bersyukur’ menunjukkan betapa mudahnya untuk berterima kasih atas segala-galanya dalam hidup, walaupun untuk perkara-perkara yang kecil. Dari bangun tidur pada waktu pagi hinggalah menikmati cahaya matahari yang hangat, kemudian kembali masuk tidur dan memeluk anak patung beruang kegemaran anda. Sentiasa ada sesuatu untuk disyukuri.
    Mostra libro
  • Roda-roda Perlumbaan Persahabatan - cover

    Roda-roda Perlumbaan Persahabatan

    Inna Nusinsky, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Apakah itu persahabatan? Sertai tiga orang sahabat baik ketika mereka menyedari makna persahabatan yang sebenar. Mereka memulakan perlumbaan, tetapi memutuskan untuk menghabiskannya bersama-sama, menolong sahabat yang berada dalam kesusahan. Buku ini akan mengajar kanak-kanak kemahiran persahabatan yang positif seperti berkongsi, menyokong dan membantu antara satu sama lain.
    Mostra libro
  • Di Bawah Bintang-bintang Under the Stars - cover

    Di Bawah Bintang-bintang Under...

    Sam Sagolski, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Cuti musim panas telah tiba, dan Mark tidak sabar menunggu pengembaraan yang hebat!Namun apabila Ibu dan Ayah mengumumkan bahawa keluarga mereka akan pergi berkhemah, dia menjadi takut.Adakah Mark akan dapat mengatasi rasa takut akan kegelapan dan dapat menikmati perjalanan ini?
    Mostra libro