Unisciti a noi in un viaggio nel mondo dei libri!
Aggiungi questo libro allo scaffale
Grey
Scrivi un nuovo commento Default profile 50px
Grey
Iscriviti per leggere l'intero libro o leggi le prime pagine gratuitamente!
All characters reduced
Saya Suka Pergi ke Tadika - cover

Saya Suka Pergi ke Tadika

Shelley Admont, KidKiddos Books

Casa editrice: KidKiddos Books

  • 0
  • 0
  • 0

Sinossi

Jimmy, sang arnab kecil berasa sangat sedih dan gugup. Esok ialah hari pertamanya di tadika, tetapi dia mahu tinggal di rumah dengan ibunya. Sertai Jimmy untuk mengetahui cara kawannya, si beruang teddy membantunya untuk berasa teruja.Buku kanak-kanak ini dapat membantu si kecil anda mengatasi kebimbangan berpisah dengan ibu bapa pada kali pertama, di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan baharu.Akhirnya, Jimmy mengetahui betapa seronoknya suasana di tadika!Kisah ini sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga!
Disponibile da: 21/01/2023.
Lunghezza di stampa: 34 pagine.

Altri libri che potrebbero interessarti

  • Saya Sayang Ayah Saya - cover

    Saya Sayang Ayah Saya

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy sang arnab kecil pada mulanya tidak tahu cara menunggang basikal beroda dua seperti abang-abangnya. Malah, kadang-kala dia diusik disebabkan hal ini. Apabila Ayah menunjukkan Jimmy cara untuk tidak berasa takut mencuba sesuatu yang baharu, itulah saatnya keseronokan bermula.Buku kanak-kanak ini adalah sebahagian daripada koleksi kisah-kisah pendek semasa waktu masuk tidur.Kisah ini paling sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seisi keluarga!
    Mostra libro
  • Saya Suka Tidur Di katil Sendiri - cover

    Saya Suka Tidur Di katil Sendiri

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy, si arnab kecil, tidak mahu tidur di katilnya sendiri. Setiap malam dia menyelinap masuk ke bilik tidur ibu bapanya dan tidur disana. Sehinggalah suatu malam terjadi sesuatu yang tidak dijangka… Cerita ini ideal untuk dibacakan kepada anak anda sebelum tidur dan digemari oleh seisi keluarga! Amat sesuai untuk membaca buku ini untuk pelajar pra-sekolah atau menjadi bahan bacaan sendiri di rumah untuk kanak-kanak yang lebih tua.
    Mostra libro
  • Ibu Saya Seorang Yang Hebat - cover

    Ibu Saya Seorang Yang Hebat

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Di dalam cerita waktu tidur yang menyentuh hati ini, seorang kanak-kanak perempuan menggambarkan betapa hebatnya ibunya. Kita lihat dia melalui harinya, dengan perasaan yang penuh kasih sayang mengenai ibunya.Ibu selalunya memahami perasaannya dan dapat membantu dalam apa jua masalah. Ibu boleh membuat ikatan tocang yang paling rumit dan menjelaskan pecahan; Ibu dapat membantunya bangun pada waktu pagi dan memeluknya dengan erat apabila dia sedih.Dengan ilustrasi yang menarik dan mesej yang boleh dihubungkan oleh semua orang, ini adalah buku yang sempurna untuk anak-anak dan ibu mereka.
    Mostra libro
  • Saya Suka Berkongsi - cover

    Saya Suka Berkongsi

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Jimmy sang arnab dan abang-abangnya suka bermain dan hari ini ialah hari jadi Jimmy, maka dia mempunyai banyak alat permainan.Tetapi, dia tidak ingin berkongsi dan sebab itu, dia mungkin ketinggalan dalam hal berseronok. Mari ketahui apa maknanya berkongsi dan mengapa ia menjadikan perasaan kita lebih indah!Kisah ini paling sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati  oleh seisi keluarga!
    Mostra libro
  • Saya Suka Musim Luruh - cover

    Saya Suka Musim Luruh

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Dalam buku kanak-kanak ini, Jimmy, si arnab kecil, meneroka musim luruh, musim kegemarannya. Dia suka berada di luar dan bermain dengan daun berwarna-warni. Apabila hujan turun, dia dan keluarganya mencari aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Mereka menghabiskan hari yang indah bersama-sama, tidak kira cuaca.
    Mostra libro
  • Impian Amanda - cover

    Impian Amanda

    Shelley Admont, KidKiddos Books

    • 0
    • 0
    • 0
    Dalam buku kanak-kanak ini, anda akan bertemu Amanda, seorang budak perempuan yang perlu belajar banyak perkara tentang rajin berusaha dan cara menjadikan impiannya satu kenyataan. Sertai Amanda dalam perjalanannya yang hebat dan belajar dengannya tentang cara menemui matlamat anda dan menjadikannya satu kenyataan. Anda akan menyaksikan dia menghadapi cabaran tetapi tidak menyerah kalah sepanjang perjalanannya untuk mencapai matlamatnya. "Impian Amanda" ialah sebuah buku motivasi untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Ini ialah buku pertama dalam koleksi cerita motivasi pendek yang boleh membantu anak-anak anda membina kemahiran dan prinsip untuk mencapai kehidupan yang gembira, memuaskan hati dan berjaya.
    Mostra libro