Unisciti a noi in un viaggio nel mondo dei libri!
Aggiungi questo libro allo scaffale
Grey
Scrivi un nuovo commento Default profile 50px
Grey
Iscriviti per leggere l'intero libro o leggi le prime pagine gratuitamente!
All characters reduced
Panduan Pengguna IPhone 13 Pro Max Untuk Warga Emas - Manual Arahan Langkah-Demi-Langkah Yang Intuitif Dan Bergambar Untuk Menguasai Apple IPhone 13 - cover

Panduan Pengguna IPhone 13 Pro Max Untuk Warga Emas - Manual Arahan Langkah-Demi-Langkah Yang Intuitif Dan Bergambar Untuk Menguasai Apple IPhone 13

James Nino

Traduttore SHARIFAH RASHIDAH SYED AHMAD

Casa editrice: Tektime

  • 0
  • 0
  • 0

Sinossi

Buku yang dicipta dengan mengambil kira semua yang perlu diketahui oleh warga emas tentang iPhone 13 untuk bermula adalah aset yang amat membantu. Inilah sebabnya panduan ini merupakan buku yang amat membantu bagi generasi kita yang lebih tua yang menghadapi kesukaran untuk memanfaatkan teknologi. Warga emas tidak seharusnya dinafikan peluang untuk turut menikmati teknologi inovatif yang dikaitkan dengan Apple edisi 2021. Mereka seharusnya dapat meneroka semua ciri yang ada pada telefon ini termasuk mengesetkannya, membuat panggilan, bersembang, mengambil gambar dan membuat panggilan Facetime. Buku ini menerangkan dengan jelas cara menggunakan iPhone anda dari saat anda mendapatnya. Ia boleh mengajar generasi yang lebih tua cara menghantar mesej teks, menambah kenalan baharu, membuat panggilan kecemasan, mendengar lagu kegemaran mereka, membuat  panggilan video, menyegerakkan data mereka, menggunakan Siri, dan sebagainya.
Buku ini adalah untuk Warga Emas Yang Ingin belajar menggunakan iPhone 13 Pro Max Tetapi Tidak Dapat Mula Menggunakannya Panduan Mudah untuk Nenek dan Atuk Banyak kali, Warga Emas menerima iPhone sebagai hadiah tetapi tidak ditunjukkan cara menggunakannya. Walaupun iPhone 13 Apple daripada Apple seharusnya bersifat intuitif, ia mungkin masih amat sukar bagi pengguna biasa, apa lagi bagi seorang warga emas untuk memahaminya. iPhone 13 boleh menjadi peranti yang sukar digunakan, terutama sekali jika anda daripada generasi yang lebih tua dan kurang berminat dengan teknologi yang boleh menyukarkan atuk dan nenek mengesetkan peranti baharu mereka tanpa meminta bantuan. Memiliki buku yang dicipta dengan mengambil kira semua ini dan menerangkan semuanya yang perlu diketahui oleh warga emas tentang iPhone untuk bermula amat membantu. Inilah sebabnya panduan ini merupakan buku yang amat membantu bagi generasi yang lebih tua dan menghadapi kesukaran untuk memanfaatkan teknologi. Warga emas tidak seharusnya dinafikan peluang untuk turut menikmati teknologi inovatif yang dikaitkan dengan Apple edisi 2021. Mereka juga seharusnya boleh meneroka semua ciri yang ada pada telefon termasuk mengesetkannya, membuat panggilan, bersembang, mengambil gambar dan membuat panggilan Facetime. Buku ini menerangkan dengan jelas cara menggunakan iPhone anda dari saat anda mendapatnya. Ia boleh mengajar generasi yang lebih tua cara menghantar mesej teks, menambah kenalan baharu, mendengar lagu kegemaran mereka, membuat panggilan video, menyegerakkan data mereka, menggunakan Siri, dan sebagainya. Bayangkan Sahaja Anda Boleh: • belajar cara menggunakan semua fungsi dan operasi yang telefon ini tawarkan • menggunakan buku dengan format yang sesuai untuk membantu warga emas seperti anda menggunakan telefon anda • belajar tentang maklumat terkini, penambahbaikan dan perubahan pada iPhone 13 baharu • menghantar mesej dengan cetakannya yang besar tanpa memberi tekanan pada mata • mengajar warga emas dalam bahasa yang mudah difahami walaupun mereka kurang kemahiran teknologi ...Dan itu hanya permulaan! Bukan Itu Sahaja tetapi Juga: • buku ini menggunakan contoh-contoh praktikal dalam menerangkan cara memanfaatkan iPhone 13 anda sepenuhnya • panduan mesra pengguna yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja, walaupun mereka yang berpendidikan rendah • menunjukkan kepada anda cara untuk berhubung walaupun kurang penglihatan dan pendengaran • belajar lebih banyak helah baharu menggunakan telefon agar tidak kalah dengan anak dan cucu  • format cetakan yang besar sesuai untuk mereka yang mengalami isu penglihatan. Jadi, jika anda salah seorang daripada mereka yang bimbang tentang cara untuk mengeset peranti baharu mereka, panduan ini boleh membantu pengguna baharu dan juga mereka yang ingin bertukar dari Android ke iPhone. Anda juga boleh mempelajari cara menggunakan ciri GPS untuk mencari tempat pada peta. Buku ini juga menerangkan: Cara untuk mencari tempat pada peta Cara menghantar mesej teks kepada kenalan lama dan baharu Pengenalan kepada Safari dan
Disponibile da: 07/06/2022.
Lunghezza di stampa: 94 pagine.

Altri libri che potrebbero interessarti

  • Tidur dan mimpi - Kajian psikologi tentang fenomena ini dan pelbagai keadaan yang berkaitan dengannya - cover

    Tidur dan mimpi - Kajian...

    Louis Ferdinand Alfred Maury

    • 0
    • 0
    • 0
    Bagaimana jika mimpi bukanlah sebuah enigma mistik, tetapi sebuah makmal hidup dari minda? Dalam “Tidur dan Mimpi”, Alfred Maury, seorang perintis psikologi eksperimen pada abad ke-19, menjalankan penyelidikan yang memikat tentang apa yang berlaku apabila kesedaran melemah: asal-usul mimpi, urutan imej, peranan ingatan, ilusi hipnagogik, mimpi ngeri, berjalan dalam tidur, ekstasi, hipnotisme, mabuk, delirium… Tidak ada yang dibiarkan kepada kebetulan. Sebagai pemerhati dirinya yang tidak mengenal penat, Maury melipatgandakan eksperimen dan catatan terperinci (kebangkitan yang diinduksi, rangsangan deria semasa tidur, kesepadanan antara sensasi sebenar dan adegan mimpi) untuk membongkar mekanik mimpi serta kaitannya yang rapat dengan tubuh, deria, dan memori. Semakin halaman berkembang, sempadan antara mimpi, kegilaan, dan kejeniusan menjadi kabur: minda berasosiasi melalui asonansi, memperkuatkan impresi, mencipta halusinasi yang meyakinkan, dan kadangkala menyingkap memori yang terlupa. Jelas, metodikal, dan sering mengejutkan, karya klasik ini mempertemukan psikologi, fisiologi, dan kesaksian yang memikat dalam dialog. Bagi sesiapa yang mempersoalkan imaginasi, kesedaran, atau misteri malam, ini adalah sebuah karya asas, berani dan mengejutkan moden — untuk didengar sebagai sebuah pengembaraan saintifik dan intim di mana mimpi belajar untuk berbicara.
    Mostra libro
  • Keamanan Dicapai Dengan Pedang - Perang Krimea 1853-1856 - cover

    Keamanan Dicapai Dengan Pedang -...

    History Nerds, Aleksa Vučković

    • 0
    • 0
    • 0
    Penjelasan tentang Perang Krimea secara Ringkas dan PadatSemasa Eropah perlahan-lahan bangkit semula daripada kesan buruk akibat Perang Napoleion yang mengambil masa beberapa dekad, dunia mengorak langkah berani menuju era moden. Napoleon akhirnya menyerah kalah pada tahun 1815, dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian pada tahun 1821. Beliau meninggalkan legasi yang penuh dengan penderitaan – Eropah melalui pengalaman yang amat pahit dalam peperangan sengit yang mengorbankan jutaan nyawa. Kehilangan yang begitu besar memerlukan tempoh yang panjang untuk pulih – sesuatu yang Eropah tidak akan dapat. Hanya beberapa dekad selepas itu, konflik baharu meletus yang mengorbankan banyak nyawa. Ia dikenali sebagai Perang Krimea, dan  berlangsung dari 1853-1856, yang menyaksikan anak cucu kepada veteran Perang Napoleon beradu kekuatan dalam satu lagi medan perang yang melibatkan kuasa besar dunia.PUBLISHER: TEKTIME
    Mostra libro
  • Buku Perbendaharaan Kata Bahasa Hebrew - Pendekatan Berasaskan Topik - cover

    Buku Perbendaharaan Kata Bahasa...

    Pinhok Languages

    • 0
    • 0
    • 0
    Buku perbendaharaan kata ini mengandungi lebih daripada 3000 perkataan dan ungkapan bahasa Hebrew yang dikelompokkan mengikut topik untuk memudahkan anda memilih bahagian yang anda mahu belajar dahulu. Selain itu, bahagian kedua buku ini mengandungi dua bahagian indeks yang boleh digunakan sebagai kamus asas untuk mencari perkataan dalam salah satu daripada dua bahasa. Ketiga-tiga bahagian ini menjadikan buku ini sumber yang hebat untuk pelajar di semua peringkat.
     
    Bagaimanakah caranya untuk menggunakan buku perbendaharaan kata bahasa Hebrew ini?Tidak pasti di mana hendak bermula? Kami mencadangkan agar anda mulakan dengan bab kata kerja, kata sifat dan ungkapan dalam bahagian satu buku ini. Ia akan menjadi asas yang baik untuk pembelajaran selanjutnya dan perbendaharaan kata bahasa Hebrew yang mencukupi untuk komunikasi asas. Kamus dalam bahagian kedua buku ini boleh digunakan pada bila-bila masa anda perlu mencari perkataan yang anda dengar di jalanan, perkataan bahasa Hebrew yang anda mahu tahu terjemahannya atau untuk mempelajari beberapa perkataan baharu dalam urutan abjad.
     
    Beberapa pandangan akhir:Buku perbendaharaan kata telah wujud selama berabad-abad dan seperti dengan banyak perkara yang telah wujud bagi tempoh yang lama, ia tidak lagi popular dan agak membosankan, walaupun selalunya ia berfungsi dengan sangat baik. Buku perbendaharaan kata bahasa Hebrew ini bersama-sama dengan bahagian kamus bahasa Hebrew asas ialah sumber yang sangat bagus untuk membantu anda di sepanjang proses pembelajaran dan amat berguna apabila tiada Internet untuk membuat rujukan perkataan dan ungkapan.
    Mostra libro
  • Belajar Bahasa Hebrew - Pantas Mudah Cekap - 2000 Perbendaharaan Kata Utama - cover

    Belajar Bahasa Hebrew - Pantas...

    Pinhok Languages

    • 0
    • 0
    • 0
    Buku ini mengandungi senarai perbendaharaan kata dengan 2000 daripada perkataan dan ungkapan paling lazim yang disusun mengikut kekerapan penggunaan dalam perbualan harian. Buku perbendaharaan kata ini memastikan anda belajar perkataan teras dan struktur ayat terlebih dahulu mengikut peraturan 80/20 agar anda cepat mencapai kemajuan dan kekal termotivasi.
     
    Siapakah yang patut membeli buku ini?Buku ini adalah untuk pelajar bahasa Hebrew peringkat permulaan dan peringkat pertengahan yang bermotivasi sendiri serta bersedia menghabiskan masa selama 15 hingga 20 minit sehari untuk mempelajari perbendaharaan kata. Struktur mudah buku perbendaharaan kata ini terhasil dengan mengeluarkan semua perkara yang tidak diperlukan sehingga membolehkan usaha pembelajaran ditumpukan semata-mata pada bahagian yang dapat membantu anda memperoleh kemajuan tertinggi dalam tempoh masa yang paling singkat. Jika anda bersedia untuk meluangkan masa selama 20 minit setiap hari untuk belajar, buku ini berkemungkinan besar adalah satu-satunya pelaburan terbaik yang boleh anda buat jika anda pelajar peringkat baharu atau pertengahan. Pasti anda akan kagum dengan kepantasan kemajuan anda dengan hanya berlatih setiap hari dalam masa hanya beberapa minggu.
     
    Siapakah yang tidak sepatutnya membeli buku ini?Buku ini bukan untuk anda jika anda pelajar bahasa Hebrew peringkat lanjutan. Jika begitu, sila pergi ke laman web kami atau cari buku perbendaharaan bahasa Hebrew kami yang mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata dan dikelompokkan mengikut topik yang sesuai untuk pelajar peringkat lanjutan yang mahu meningkatkan keupayaan berbahasa mereka dalam lapangan yang tertentu.Di samping itu, jika anda sedang mencari buku pembelajaran bahasa Hebrew semua dalam satu yang membimbing anda melalui pelbagai langkah mempelajari bahasa Hebrew, kemungkinan besar juga bukan buku ini yang anda perlukan. Buku ini hanya mengandungi perbendaharaan kata sahaja dan kami menjangkakan pembeli belajar perkara seperti tatabahasa dan sebutan sama ada daripada sumber lain atau melalui kursus bahasa. Kekuatan buku ini terletak pada tumpuannya terhadap pemerolehan perbendaharaan kata teras dengan cepat yang mengabaikan maklumat yang ramai orang mungkin jangkakan daripada buku pembelajaran bahasa konvensional. Harap ambil maklum perkara ini semasa membuat pembelian.
     
    Bagaimanakah cara menggunakan buku ini?Buku ini paling sesuai digunakan setiap hari dengan cara menyemak beberapa halaman dalam bilangan tetap semasa setiap sesi. Buku ini terbahagi kepada 50 bahagian perbendaharaan kata yang membolehkan anda belajar langkah demi langkah hingga tamat buku tersebut. Contohnya, katakan pada masa ini anda sedang menyemak perbendaharaan kata 101 hingga 200. Setelah anda tahu perbendaharaan kata 101 hingga 150 dengan sangat baik, anda boleh mula belajar perbendaharaan kata 201 hingga 250 dan pada hari berikutnya melangkau 101-150 dan terus menyemak perbendaharaan kata 151 hingga 250. Dengan cara ini, langkah demi langkah, anda akan belajar keseluruhan buku mengikut urutan dan kemahiran berbahasa anda akan meningkat dengan setiap muka surat yang anda kuasai.
    Mostra libro
  • Buku Perbendaharaan Kata Bahasa Afrikaans - Pendekatan Berasaskan Topik - cover

    Buku Perbendaharaan Kata Bahasa...

    Pinhok Languages

    • 0
    • 0
    • 0
    Buku perbendaharaan kata ini mengandungi lebih daripada 3000 perkataan dan ungkapan bahasa Afrikaans yang dikelompokkan mengikut topik untuk memudahkan anda memilih bahagian yang anda mahu belajar dahulu. Selain itu, bahagian kedua buku ini mengandungi dua bahagian indeks yang boleh digunakan sebagai kamus asas untuk mencari perkataan dalam salah satu daripada dua bahasa. Ketiga-tiga bahagian ini menjadikan buku ini sumber yang hebat untuk pelajar di semua peringkat.
     
    Bagaimanakah caranya untuk menggunakan buku perbendaharaan kata bahasa Afrikaans ini?Tidak pasti di mana hendak bermula? Kami mencadangkan agar anda mulakan dengan bab kata kerja, kata sifat dan ungkapan dalam bahagian satu buku ini. Ia akan menjadi asas yang baik untuk pembelajaran selanjutnya dan perbendaharaan kata bahasa Afrikaans yang mencukupi untuk komunikasi asas. Kamus dalam bahagian kedua buku ini boleh digunakan pada bila-bila masa anda perlu mencari perkataan yang anda dengar di jalanan, perkataan bahasa Afrikaans yang anda mahu tahu terjemahannya atau untuk mempelajari beberapa perkataan baharu dalam urutan abjad.
     
    Beberapa pandangan akhir:Buku perbendaharaan kata telah wujud selama berabad-abad dan seperti dengan banyak perkara yang telah wujud bagi tempoh yang lama, ia tidak lagi popular dan agak membosankan, walaupun selalunya ia berfungsi dengan sangat baik. Buku perbendaharaan kata bahasa Afrikaans ini bersama-sama dengan bahagian kamus bahasa Afrikaans asas ialah sumber yang sangat bagus untuk membantu anda di sepanjang proses pembelajaran dan amat berguna apabila tiada Internet untuk membuat rujukan perkataan dan ungkapan.
    Mostra libro
  • Buku Perbendaharaan Kata Bahasa Armenia - Pendekatan Berasaskan Topik - cover

    Buku Perbendaharaan Kata Bahasa...

    Pinhok Languages

    • 0
    • 0
    • 0
    Buku perbendaharaan kata ini mengandungi lebih daripada 3000 perkataan dan ungkapan bahasa Armenia yang dikelompokkan mengikut topik untuk memudahkan anda memilih bahagian yang anda mahu belajar dahulu. Selain itu, bahagian kedua buku ini mengandungi dua bahagian indeks yang boleh digunakan sebagai kamus asas untuk mencari perkataan dalam salah satu daripada dua bahasa. Ketiga-tiga bahagian ini menjadikan buku ini sumber yang hebat untuk pelajar di semua peringkat.
     
    Bagaimanakah caranya untuk menggunakan buku perbendaharaan kata bahasa Armenia ini?Tidak pasti di mana hendak bermula? Kami mencadangkan agar anda mulakan dengan bab kata kerja, kata sifat dan ungkapan dalam bahagian satu buku ini. Ia akan menjadi asas yang baik untuk pembelajaran selanjutnya dan perbendaharaan kata bahasa Armenia yang mencukupi untuk komunikasi asas. Kamus dalam bahagian kedua buku ini boleh digunakan pada bila-bila masa anda perlu mencari perkataan yang anda dengar di jalanan, perkataan bahasa Armenia yang anda mahu tahu terjemahannya atau untuk mempelajari beberapa perkataan baharu dalam urutan abjad.
     
    Beberapa pandangan akhir:Buku perbendaharaan kata telah wujud selama berabad-abad dan seperti dengan banyak perkara yang telah wujud bagi tempoh yang lama, ia tidak lagi popular dan agak membosankan, walaupun selalunya ia berfungsi dengan sangat baik. Buku perbendaharaan kata bahasa Armenia ini bersama-sama dengan bahagian kamus bahasa Armenia asas ialah sumber yang sangat bagus untuk membantu anda di sepanjang proses pembelajaran dan amat berguna apabila tiada Internet untuk membuat rujukan perkataan dan ungkapan.
    Mostra libro